Jul 24, 2013

Ujian hambaNya

Lumpuhkanlah ingatanku ,
Hapuskan tentang dia ...
Blablablabla
by : Geisha

Kalau lah realiti hidup semudah apa yang diungkapkan dalam lirik lagu atau lakonan rasanya itu bukan lumrah manusia kan
Yes ! Betul manusia tiada yang sempurna . Sebab tu selalu melakukan kesilapan dalam semua perkara tapi kesalahan itu jugalah yang memberi kita seribu makna untuk meneruskan langkah seterusnya . Kadang-kadang perubahan ke arah kebaikan lagi bermakna dan bukannya perubahan ke arah keburukan yang kita harapkan. Tapi ramai manusia salah faham . Orang yang jahat , buruk akhlaknya tak berpeluang untuk menjadi orang yang beriman . Itu tak mustahil kan . Sedangkan sekarang ada je orang yang baik berubah menjadi liar . Semua itu ujian dari Allah . Sebab itu kita tak boleh nak pertikaikan nikmat yang Allah berikan .
Ujian Allah tak pernah melemahkan hambaNya malah memberi kekuatan. Untuk sesetengah pihak yang ingin berubah ke arah yang positif .
Cubalah bagi peluang untuk seseorang itu berubah , jangan terlalu menghukum dia dengan kisah lalunya .
Cuba terima ! InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.
Rasanya bukan semua orang bermula terus berjaya terus jadi orang yang berguna kan ?
Aku sendiri pun tengah berusaha walaupun orang pandang rendah . At least kita try :)
Hidup ni akan jadi mudah kalau kita anggap hidup kita sementara , so mesti akan kejar bab agama bukan sebaliknya.
Dan aku percaya bukannya nak berubah mendadak terus jadi sempurna .
Kalau setakat nak bagi komen yang negatif tanpa membimbing seseorang yang memerlukan itu better tak payah , kau tak cuba bantu dia langsung ! Think about it !
Tetapi entahlah disebabkan manusia tak sempurna , So akan wajib judge orang sesuka hati tanpa soal selidik dulu . Main hentam serbu tak pakai helmet . Macam dia terlalu sempurna #itu aku menyampah . HAHA

“Bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas perkara dosa dan permusuhan”. (al-Maidah 5: 2)

After this try slow talk , tak salah kalau kita membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan yang sepatutnya

e.g - Situasi : Perempuan tak pakai tudung
                          * A : Awak kenapa tak pakai tudung ?
                          * B : Belum sampai seru la
                          * A : Ehh tapi saya rasa awak pakai tudung cantik :)
                          * B : Ohh ye ke ? Thank you :D

kan senyum lebar dia nanti haha
                       
#See kadang-kadang ada je yang akan terima teguran kita kalau cakap elok-elok kan , jangan la dah awak pakai tudung tiba-tiba cakap 'apalah takpakai tudung itu ini' Itu bukan contoh yang baik


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-As, katanya: “Seseorang sudah bertanya Rasulullah: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah bersabda yang bermaksud: Seseorang yang menyelamatkan orang Islam dengan lidah dan tangannya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Thank You for reading , Do coment and follow :) ♥ Eleena Zakaria

No comments:

Post a Comment