Ramai yang terbuai dalam mimpi
tanpa menghiraukan orang sekeliling teman rapat mahu pun family
tak dinafikan semua mengejar kemewahan termasuklah diri aku
Tapi jangan lupa tanggungjawab kita sebagai hambaNya , sebagai seorang anak , sebagai manusia .
Siapa cakap jadi manusia tiada tanggungjawab ?
Sebenarnya tujuan seseorang itu hadir mempunyai tanggungjawab dan matlamat sendiri
so jadi manusia tu biarlah manusia yang berakal :)
Kita lahir di dunia pun hanya sebagai tempat persinggahan .
Jangan terlalu taksub dengan peredaran masa.
Aku sebenarnya nak share something , cerita betul bukan rekaan .
Semalam time dinner adalah seorang makcik datang dekat restoran tu .
Lusuh juga pakaiannya , sambil bawa barang yang nak dijual tu .
Mak cik nni tua jugak , Muda sikit dari tok aku je rasanya .
Tapi masih kuat - Kurniaan Allah
Then terfikir jugak , kenapa dalam usia macam tu dia berniaga jalan sana sini .
Aku yang muda ni pun kalau jalan sana sini penat ke membebel je
tapi mak cik tu senyum je . cool habis .
Then ada lah terlepas cakap dekat kakak- kakak aku , 'ehh kenapa mak cik tu berniaga kat sini , anak takde ke ?
See , nampak tak mulut jahat aku ? Ini manusia biadap sibuk nak judge orang .
Then owner restoran tu cakap la , mak cik tu selalu datang sini , dia selalu suka cite macam-macam .
Sebenarnya mak cik tu taknak menyusahkan anak dia , padahal owner tu cakap anak dia kaya .
Maybe orang kaya kedekut haha
Owner tu cakap bukan sebab tu , tapi makcik tu sendiri taknak anak dia mengaku yang dia tu anak makcik tu . Seriously aku pelik .
Aku tanya la kenapa ?
Owner tu cakap , sebenarnya sebelum grad anak dia ada pesan ' sekarang sy dah nak grad so saya tak malu kan family dengan kejayaan sy , so sy harap family sy tak malukan sy ' - ayat lebih kurang la , Bagi aku ayat ni makan dalam gila .
Seriously touching , tak payah tau kisah selanjutnya pun kalau aku ditempat makcik ni mesti terasa ,
yelah kalau dah makcik makcik muda dari tok aku je mesti lahir tahun 40 an macam tu kan . Dulu- dulu kan kuno sikit , miskin .
Sekarang dah riak jadi macam tu lah .
Aku harap one day aku tak jadi macam tu , orang sekeliling pun tak jadi macam tu
Jadikan ianya sebagai iktibar kepada semua .
Dunia sekarang kan .
Dear mummy and daddy : I miss you so much , May Allah bless you .
Stay pretty / Handsome love both of you <3
Al- Fatihah for my daddy
Lots of Love
Eleena
No comments:
Post a Comment